Posted by : Unknown
Selasa, 18 Februari 2014
Tersebutlah
kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua
dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang
pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya
isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......
Pergilah
si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu
api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani
si suami kerana sakit.
Maka
ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk
mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya
yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia
berhenti.....
Tiba-tiba...
genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari
tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua
kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun
mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...
Maka...bersimpatilah
pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah
ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan
nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah
dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa
yang berlaku...
"Baiklah..akan
kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta
terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul
lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada
situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan
hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....
Lalu
terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali
bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak
miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak
gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari
membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka
apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah
kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si
tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut
dihadiahkan.
Pulanglah
si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan
kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan
kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...